::mai masuk::

Sunday, February 12, 2012

hati ku

hati rasa sempit
hati rasa tersepit
hati rasa terpenyek


Wednesday, September 7, 2011

jiwa kena kental

sepanjang minggu ni sedang mengentalkan jiwa-----sebab dah nak balik johor..
jiwa sakit.....huhuhu

Tuesday, July 12, 2011

tips-----yeye..esok dating!!!


Dating????wow...sapa tak suka kan....HARUSLA....lagi-lagi 1st dating kan..hhahaha..erm...kat sini ada tip2 untuk sesapa yang nak p 1st dating..hampa jgn takut..jgn kalut...rilek k..nak tau ka apa tips tu....

.
.
.

1. tolong la wei...jangan mai @ pi @ datang lambat
plis la..ni basic k..kalau hampa lambat..habis lah dunia[acece..mcm nak kiamat la sgt]...bukannya apa...dari situ partner hampa dah pikir negatif kat hampa...jadi elakkan ye kwn-kwn


2. dia usha girl or boy lain la pulak
ha...ni kalau dia buat macam ni kat hampa...blah ja dari situ. tnggu apa lg kat orang macam tu dah nampak kan partner hampa ni mata xreti dok diam..1st date pun dah wat prangai...mau yang cantik2 segak2....no it isn't ok...

3. hah? jalan kaki-
wei2..dengar sini...partner ang dah la suka pakai kasut yg tinggi(high heal)..agak2 la der...nak soh jalan2 satu mall...bapak la....tercabot kot tumit..ehheheheh...cuba ajak tgk wayang ka..lepak2 kedai mkn ka..why not hampa jogging ka..ok kan..sihat tuh..


4. awak...saya ada keja la weekend nih----> "ooooooo...jd kita cancel la ekk"..perrhhh...ayat frust kot...agak2 la..da elok2 plan nak kuar sesama...tetiba plak bleh cancel..sapa tak frust beb...tp kalau sebab munasabah ok..ni sebab tak masuk akal langsung...jangan buat ok...

5. asyik kau je cakap
"tahu la kau tu pernah wakil skolah dalam pertandingan debat..tak kan semua benda kau nak debat dengan aku..pastu boleh plak asik kau je ckp..pastu asik cakap pasal politik aku..aduh...ngantuk la"....eh2..ada pulak macam tu kan..sebenarnya macam ni...masa 1st jumpa tu...jangan la cakap pasal perkara2 yang berat seperti politik dan sebagainya...cakap la pasai diri hampa..paham


setakat ni saja tips kita pada hari ini..tp kalau ada pendapat lain yang nak dikemukakan..dipersilakan...i loiikkee ok...

k bye..

Monday, July 11, 2011

TIPS------------ 5 cara nak tarik perhatian lelaki


mau cari encik suami or boyfriend..baca tips kat bwh

.
.
.
.
.
.



Kebanyakan wanita merasakan bahawa dengan berpakaian seksi adalah merupakan  cara paling mudah untuk menarik perhatian seseorang lelaki. Ianya mungkin benar, tetapi sebahagian lelaki menyatakan bahawa wanita yang dengan sengaja berpakaian seksi semata-mata untuk mendapatkan perhatian bukanlah merupakan wanita pilihan mereka. Jadi, bagaimanakah cara untuk menarik perhatian lelaki tanpa memerlukan pemakaian yang menjolok mata? Caranya adalah dengan…..

(1) Memakai pakaian yang berwarna cerah- Menurut daripada kajian psikologi, manusia akan lebih untuk memberikan perhatian terhadap warna yang cerah. Begitu juga dengan lelaki. Pemakaian yang berwarna cerah adalah merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian mereka.
Selain daripada itu, pakar psikologi juga menyatakan bahawa dengan pemakaian yang berwarna cerah akan meningkatkan lagi rasa keyakinan dan juga prestasi seseorang.

(2) Pandangan mata- Sememangnya pandangan mata wanita mampu untuk menarik perhatian lelaki. Tetapi, majoriti lelaki menyatakan bahawa mereka lebih gemar terhadap wanita yang menjaga pandangan mereka. Ia merupakan tarikan utama kepada lelaki tanpa wanita sendiri sedari.
Bukan setakat itu sahaja, wanita yang menjaga pandangan mereka juga membuatkan lelaki lebih berfikiran positif terhadap diri mereka. Wanita yang gemar bermain mata dengan lelaki pula lebih membawa imej yang negatif.

(3) Tingkahlaku- Wanita sememangnya lebih sinonim dengan sifat yang lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Wanita yang berperwatakan seperti ini lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki.
Tetapi, ada juga lelaki yang lebih gemar terhadap perwatakan wanita yang semulajadi tanpa perlu menyorokkan identiti mereka sebenar. Adalah lebih baik anda menjadi diri sendiri asalkan tidak melampaui sifat kewanitaan. Pasti cara dan keunikan anda yang tersendiri mampu untuk menarik perhatian lelaki yang boleh menerima diri anda seadanya.

(4) Pandai berjenaka- Pasti anda agak terkejut bukan? kebiasaannya lelaki yang harus pandai membuat lawak untuk menarik perhatian seseorang wanita. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, wanita yang suka berjenaka lebih mendapat perhatian daripada lelaki.
Ini berkemungkinan disebabkan seseorang yang lebih lucu lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Apabila telah wujud keselesaan terhadap diri anda, ia lebih mudah untuk menarik minat mereka.

(5) Bahasa tubuh- Seperti yang anda semua ketahui, bahasa tubuh adalah merupakan isyarat awal untuk menyampaikan pesanan terhadap seseorang. Elakkan daripada menggunakan bahasa tubuh yang akan membuatkan lelaki berasa anda seorang yang sombong, berlagak atau sebagainya. Ini kerana kebiasaannya wanita yang seperti ini kurang menarik perhatian lelaki.


konklusinya kat sini...ampa toksah gedik-gedik sangat la kan...pakai biasa2 pun dah ok...jgn SEKSI-MEKSI tau..sakit mata ku ini..hehhehe


 amik kat sini

Friday, July 8, 2011

panas..panas....

hari ini ada menu baru...roti jala dan serawa durian....wahh terbaik kot....akan dihapdet nanti...bye

Thursday, July 7, 2011

trifle ku..trifle mu jua...

dah lama kot nak wat trifle nih...cuma masa ja tak dak...sebelum ni kan asik dok blajaq ja...tak sempat la nak masak2..so time cuti sem ja la sempat nak buat...untuk sesapa naktry....bleh la...sebab senang sangat nak buat...sedap pun sedap (sebab aku yang buat..hahahha)....sila la try okess...

bahan-bahan:


  • swiss roll
  • 1 tin fruit coctail
  • kristal jelly [guna yang NONA ja..tp xbes..warna tak ummpp la]
  • 7 sudu gula pasir [ikut kemanisan mulut anda ya]
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 4 sudu besar tepung kastard [xmampat pun tak pa...biar macam gunung ledang]
  • yogurt atau whipping creame 

cara-cara


1st layer

  1. potong swiss roll [ikut suka cik puan ye nak tebal mana..jgn la setebal penumbuk sudah]
  2. susun dalam bekas [biar la yang transprent..baru cantik]
  3. tuang air fruit coctail dan sedikit buah coctail atas swiss roll sampai suma jd lembab.
  • biarkan sementara waktu...then layer 2nd plak..
2nd layer
  1. 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api 
  2. bancuh 1/2 tin air dengan 4 sudu tepung kastard kacau sampai sebati
  3. bancuhan kastard td dimasukkan dalam step 1 tp pastikan api dikecilkan dahulu
  4. kacau sampai likat
  5. apabila likat..tuang atas 1st layer
3rd layer
  1. taburkan buah coctail atas 2nd layer..biarkan sampai sejuk sikit
4th layer
  1. masak air mengikut sukatan kat kotak jelly
  2. apabila mendidih masukkan serbuk jelly tersebut dan kacau
  3. tutupkan api [tp masih lagi kacau] biarkan ia sejuk jgn biarkan ia keras okeh..
  4. tuang jelly  tersebut atas 3rd layer
*top layer (untuk sesapa yang sangat rajin)
  • bila 4th layer dan beku sapukan yogurt or whipping cream...
  • nak sedap lagi..tabur la strawberry ka..badam ka..chips ka..ikut kreativiti hampa la na..
p/s 1: berkenaan dengan jelly tu...kurang berpuas hati sebab warna dia pucat tak menarik...jd masa masak jelly tu..masukkan la sikit pewarna supaya warna lebih ummppp...seksi skit trifle hampa nanti

p/s 2 : berkenaan dengan gula..iku tahap kemanisan diri sendiri...hehehhe 

p/s 3: tepung jagung boleh ganti tepung kastard...function depa sama saja...yang beza tepung kastard ada warna kekuningan...tepung jagung..kureng la warna kuning tu...sila masukkan pencelup ok...


so..selamat mencuba...

swiss roll + air coctail + buah

kastard yg dah di masak

taddaaa...siap...kaler tak seksi la...huhuhu.




Tuesday, April 26, 2011

good luck

good luck to myself
study na...jangan dok main...
kena naikkan lagi pointer sem ni...
don't forget...ALLAH are always with u...
...xoxo...